Tarikh : 22//06/2024 Masa : 04.00 PM – 05.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kelas ICT ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan memberi pengenalan asas ICT kepada pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu cara-cara menggunakan Microsoft PowerPoint seperti memasukkan gambar ke dalam slaid.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan kepada pelajar cara-cara penggunaan Microsoft PowerPoint seperti memasukkan gambar, menaip di dalam slaid, mengedit gambar dan slaid serta penggunaan pelbagai tools di dalam Microsoft PowerPoint. Disamping itu, pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan dan petugas turut melakukan aktiviti KDB iaitu memberi penerangan dan tayangan video e-waste kepada para pelajar.
Tarikh : 17/05/2024 Masa : 03.00 PM – 04.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 09 Orang |
Tujuan :
Kelas E-Pembelajaran ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan akses pembelajaran secara atas talian kepada para pelajar dalam aktiviti Word Search.
Aktiviti :
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk membuka laman web Word Search online dan petugas memilih tajuk kuiz/latihan yang bersesuaian untuk para pelajar selesaikan.
Tarikh : 27/04/2024 Masa : 02.30 PM – 05.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Kelas STEM/IoT ini diadakan bertujuan bagi memupuk semangat serta pemikiran yang kreatif serta berinovasi dalam penghasilan aktiviti Robotic Hand.
Aktiviti :
Kelas ini dimulakan dengan tayangan video penghasilan Robotic Hand bagi rujukan para pelajar, setelah memahami cara-cara pembuatan, petugas memberi alatan yang diperlukan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara penghasilan Robotic Hand yang betul.
Tarikh : 15/05/2024 Masa : 03.30 PM – 04.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Kelas ICT ini diadakan bertujuan untuk mengajar asas ICT kepada pelajar sekolah rendah iaitu menaip menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan kepada pelajar cara-cara penggunaan Microsoft Word bagi menaip serta penggunaan table tools yang terdapat di dalam Microsoft Word seperti penggunaan symbol, pemilihan jenis tulisan, saiz tulisan dan sebagainya. Disamping itu, pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu menaip petikan ringkas serta petugas melakukan aktiviti KDB iaitu video Teknologi & Anda.
Tarikh : 06/04/2024 Masa : 10.00 AM – 11.00 AM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk melatih dan membimbing usahawan agar mahir dalam penggunaan Microsoft Word bagi menghasilkan jadual pembayaran mengikut format yang betul dan tepat.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan kepada usahawan cara-cara untuk membina jadual seperti insert table dan menaip serta memasukkan data di Microsoft word.