Tarikh : 27/08/2023 Masa : 02.30 PM – 04.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas STEM/IOT iaitu mencipta Paper Plane ini adalah melatih para pelajar agar berfikiran kreatif dan berinovatif dalam seni penciptaan sesuatu rekaan. Di samping itu memberi pengetahuan tentang faktor pelancaran/penerbangan ciptaan rekaan Paper Plane.
Aktiviti :
Ketika kelas STEM/IOT ini dijalankan petugas membuka tutorial video cara-cara untuk menghasilkan rekaan Paper Plane dan memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk mencipta Paper Plane. Selepas itu, petugas memberi bahan-bahan yang diperlukan untuk mencipta Paper Plane dan pelajar mula mereka Paper Plane seperti di dalam video tutorial mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas ini, pelajar menonton video KDB (Check Your Label) sambal diberi penerangan oleh petugas.
Tarikh : 31/07/2023 Masa : 10.30 AM – 12.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 07 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas e-pembelajaran ini adalah untuk melatih dan membantu pelajar agar mahir menggunakan papan kekunci serta menguji tahap kepantasan dalam menaip ayat yang diberikan.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara untuk menaip di laman Typing Test bagi menguji kepantasan dalam menaip perkataan ataupun ayat yang tertera. Selain itu, petugas turut memberi latihan Typing Test agar lebih mahir serta aktiviti cantuman Puzzle KDB setelah selesai menaip.
Tarikh : 25/06/2023 Masa : 10.00 AM – 01.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 06 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan melatih pelajar sekolah membuat slide presentation mengenai negeri-negeri di Malaysiamenggunakan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti :
Ketika kelas ini dijalankan pelajar diberi penerangan cara-cara penggunan Microsoft Powerpoint bagi membuat slide presentation. Semasa kelas diadakan pelajar diajar cara-cara untuk memuat turun gambar bendera setiap negeri di pautan google search dan menyimpannya didalam folder yang disediakan, setelah itu pelajar diajar untuk memilih slide yang bersesuaian dan memasukkan gambar bendera mengikut contoh dan urutan yang diberikan. Selain itu, setelah selesai aktiviti, pelajar diberi untuk menonton video KDB bertajuk maklumat palsu.
Tarikh : 26/07/2023 Masa : 02.30 PM – 04.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas Microsoft Word ini adalah bagi melatih dan membantu pelajar supaya mahir dalam asas menaip dengan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti :
Ketika kelas ini dijalankan pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai penggunaan Microsoft Word seperti asas menaip dan penggunaan table tools. Selain itu, petugas turut memberi latihan menaip ayat-ayat ringkas kepada pelajar serta tontonan video KDB Buli Siber.
Tarikh : 09/06/2023 Masa : 03.00 PM – 05.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 11 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas Microsoft Excel ini adalah bagi melatih dan membantu pelajar sekolah agar mahir menggunakan Microsoft Excel bagi tujuan pembelajaran seperti memasukkan gambar, menulis perkataan dan sebagainya.
Aktiviti :
Sepanjang kelas ini diadakan petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara penggunaan Microsoft Excel seperti memasukkan gambar dan menulis perkataan mengikut langkah yang betul. Selain itu, petugas turut menyediakan latihan Microsoft Excel kepada pelajar agar dapat meningkatkan lagi kemahiran serta pelajar menonton video KDB bertajuk Advokasi e-waste.