Tarikh : 30/03/2024 Masa : 10.00 AM – 11.30 AM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Kelas STEM/IoT ini diadakan bertujuan bagi memupuk semangat dan pemikiran yang kreatif serta berinovasi dalam penghasilan cantuman robot kertas.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan petugas menunjukkan menyediakan bahan-bahan aktiviti serta memberi arahan kepada pelajar supaya mewarna terlebih dahulu gambar lakaran robot, selepas itu, menggunting dan mencantum kepingan robot mengikut gambaran yang betul.
Tarikh : 08/03/2024 Masa : 04.30 PM – 05.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 04 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas e-pembelajaran ini diadakan adalah bagi melatih dan membantu para pelajar dalam pengiraan dan susunan turutan nombor yang betul secara atas talian bagi aktiviti cantuman bentuk imej mengikut urutan nombor yang betul.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas meminta pelajar untuk melayari laman web digipuzzle.com bagi membuat aktiviti e-pembelajaran iaitu cantuman imej mengikut urutan bernombor yang betul.
Tarikh : 24/02/2024 Masa : 03.00 PM – 04.00 PM Lokasi :NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas SoftSkills ini diadakan bertujuan bagi melatih para pelajar agar dapat mempraktiskan kepelbagaian kemahiran mewarna secara atas talian seperti pemilihan warna, penggunaan tetikus dan sebagainya.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas meminta para pelajar untuk membuka laman web coloring online & memberi tunjuk ajar cara-cara mewarna mengikut imej pilihan secara atas talian. Selain itu, aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) turut diadakan iaitu tayangan dan penerangan video buli siber.
Tarikh : 25/02/2024 Masa : 09.30 AM – 12.00 PM Lokasi :NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 03 Orang |
Tujuan :
Kelas latihan keusahawananini diadakan untuk melatih dan membantu peserta bagi meningkatkan penguasaan dalam penggunaan Microsoft Excel untuk merekod data kewangan serta meningkatkan kemahiran mencipta poster produk dengan menggunakan software canva.com.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan petugas menunjukkan cara-cara penggunaan Microsoft Excel bagi membuat rekod kewangan. Selepas itu, peserta turut diajar menggunakan software canva bagi membuat poster produk masing-masing. Disamping itu, aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) turut diadakan iaitu tayangan dan penerangan video penipuan kewangan.
Tarikh : 20/01/2024 Masa : 11.30 AM – 12.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 07 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas STEM/IoT ini diadakan bertujuan bagi melatih dan melahirkan pelajar yang kreatif serta berinovasi dalam penghasilan aktiviti sains melalui eksperimen Self-Paddle Boat.
Aktiviti :
Sebelum melakukan aktiviti eksperimen Self-Paddle Boat ini dijalankan, petugas membuka tayangan video cara-cara mencipta Self-Paddle Boat bagi tontonan para pelajar sebagai rujukan sebelum mencipta model bot. Selepas itu petugas memberi tunjuk ajar serta bersama-sama membuat Self-Paddle Boat sehingga selesai dan mengujinya didalam air. Di samping itu, tayangan serta penerangan video KDB bertajuk buli siber turut diadakan.