Tarikh : 12/01/2024 Masa : 04.30 PM – 05.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 05 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas Microsoft Excel ini adalah untuk mengajar dan melatih para pelajar agar mahir menggunakan Microsoft Excel bagi tujuan pembelajaran iaitu membina jadual bertugas. Disamping melahirkan pelajar yang berkemahiran dan celik IT.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas menunjukkan cara-cara menggunakan Microsoft Excel serta fungsi penggunaan table tools didalam MS Excel bagi membina jadual bertugas, Contohnya adalah penggunaan insert table, insert picture dan typing.
Tarikh : 22/12/2023 Masa : 03.30 PM – 04.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 08 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas STEM/IoT ini diadakan bertujuan bagi melatih dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam aspek pengiraan dalam subjek matematik iaitu dengan menjawab soalan kuiz matematik.
Aktiviti :
Semasa aktiviti kelas STEM/IoT (Kuiz Matematik) ini dijalankan, petugas membuka laman web wordwall.net dan memilih soalan kuiz matematik untuk dijawab bersama para pelajar. Di dalam kelas setiap pelajar akan mengira dan menjawab soalan matematik bersama-sama secara atas talian. Aktiviti lain yang diadakan ialah advokasi KDB iaitu Teknologi dan Anda.
Tarikh : 24/11/2023 Masa : 03.30 PM – 04.30 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 05 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas SOFTSKILLS (Slide Presentation) ini diadakan bertujuan melatih dan membantu peserta membuat pembentangan di hadapan rakan-rakan bagi meningkatkan keyakinan diri serta pengetahuan pelajar.
Aktiviti :
Semasa aktiviti kelas SOFTSKILLS (Slide Presentation) ini dijalankan, petugas memberi tugasan pembentangan yang bertajuk ‘Negara Malaysia’ yang mana butiran pembentangan berkisar mengenai negeri-negeri di Malaysia serta maksud lambang bendera Malaysia. Selain itu, petugas turut memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk melakukan pembentangan dengan cara yang betul. Aktiviti lain yang diadakan ialah advokasi e-waste.
Tarikh : 15/12/2023 Masa : 04.00 PM – 05.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 04 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas e-pembelajaran (Google Translate) ini adalahuntuk membantu pelajar mencari maksud perkataan secara atas talian menggunakan platform Google Translate.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas menunjukkan cara-cara membuka laman web Google Translate serta memberi penerangan kepada para pelajar mengenai cara-cara penggunaannya bagi aktiviti dan latihan menterjemahkan perkataan. Setelah melakukan aktiviti dan latihan e-pembelajaran, pelajar menonton video advokasi KDB bertajuk ‘Check Your Label’.
Tarikh : 10/11/2023 Masa : 03.00 PM – 04.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas Microsoft Word ini adalah untuk melatih dan membantu pelajar agar mengetahui dan mahir menggunakan segala elemen yang terdapat didalam MS Word seperti shapes dan sebagainya.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan dan cara-cara penggunaan MS Word seperti memasukkan shapes dan menaip perkataan yang mudah serta mewarnakan shapes mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, petugas turut memberikan latihan agar pelajar lebih memahami pelajaran yang diajar serta selingan aktiviti KDB iaitu tayang video ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’.