Tarikh   : 06/10/2023

Masa     : 03.00 AM – 05.00 PM

Lokasi   : NADI Kg Pagar Sasak

Peserta  : 12 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Tujuan kelas STEM/IoT ini diadakan bagi mewujudkan dan melahirkan pelajar sekolah yang bersikap inovatif dan berfikiran kreatif dalam menjalankan sesuatu perkara terutamanya dalam bidang STEM.

Aktiviti :                                                            

Semasa aktiviti kelas STEM/IoT ini dijalankan, petugas pertamanya membuka video tutorial cara-cara untuk melakukan aktviti car ballon. Selepas itu petugas memberi sedikit penerangan mengenai aktiviti tersebut dan seterusnya bersama-sama pelajar melakukan aktiviti car ballon sehingga berjaya dan selesai.

Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 01/10/2023

Masa     : 03.00 PM – 04.00 PM

Lokasi   : NADI Kg Pagar Sasak

Peserta  : 11 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Tujuan kelas e-pembelajaran ini iaitu crossword online bertujuan untuk melatih dan membantu peserta untuk menyelesaikan aktiviti crossword yang tersedia disamping pelajar dapat mempelajari perkataan-perkataan Bahasa Inggeris bersama maksud dalam Bahasa Melayu.

Aktiviti :                                                            

Ketika kelas ini dijalankan petugas memberi penerangan cara-cara membuka laman web wordwall.net bagi melakukan aktiviti crossword online dan menyelesaikan aktiviti yang tersedia. Selain itu, setelah peserta memahami cara-cara untuk menyelesaikan soalan dan aktiviti, petugas memberi latihan kuiz crossword kepada para pelajar.

Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 22/09/2023

Masa     : 03.30 PM – 04.30 PM

Lokasi   : NADI Kg Pagar Sasak

Peserta  : 10 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Tujuan kelas STEM (Robotic Hand) ini adalah untuk melatih dan membantu pelajar supaya lebih kreatif dan berinovatif.

Aktiviti :                                                            

Ketika kelas ini dijalankan petugas membuka tayangan video cara-cara mencipta robotic hand bagi tontonan pelajar sebelum pelajar mencipta robotic hand sendiri. Selepas itu, petugas bersama pelajar menggunakan bahan-bahan yang disediakan mencipta robotic hand bersama-sama sehingga selesai.

Gambar Disini

 


 

Tarikh   : 24/09/2023

Masa     : 03.30 AM – 04.30 PM

Lokasi   : NADI Kg Pagar Sasak

Peserta  : 08 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Tujuan kelas Microsoft Excel ini adalah untuk melatih dan membantu pelajar cara-cara memasukkan/mencipta formula matematik ke dalam excel bagi memudahakan proses pengiraan jumlah keseluruhan secara automatik.

Aktiviti :                                                            

Pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara untuk membuka lembaran Microsoft Excel dan memberi penerangan mengenai penggunaan excel bagi mencipta formula. Di samping itu, pelajar diberi tunjur ajar cara-cara menggunakan formula matematik bagi memudahkan proses pengiraan serta pelajar turut diberi latihan bagi menguji tahap pengetahuan penggunaan excel.

Gambar Disini

 


 

 

Tarikh   : 28/08/2023

Masa     : 11.30 AM – 12.30 PM

Lokasi   : NADI Kg Pagar Sasak

Peserta  : 08 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan :

Tujuan kelas e-pembelajaran ini adalah untuk melatih dan membantu pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran secara atas talian menggunakan laman sesawang wordcross. Di samping itu, dapat melahirkan pelajar sekolah yang aktif, bijak serta berdaya saing dalam sesi e-pembelajaran.

Aktiviti :                                                            

Pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara untuk melakukan aktiviti e-pembelajaran wordcross sambil dibantu oleh petugas ketika menjawab soalan yang tertera. Pelajar turut diberi latihan agar lebih mahir dan berpengetahuan tinggi dalam aktiviti e-pemebelajaran. 

Gambar Disini