Tarikh : 04/03/2023 Masa : 09.00 AM – 12.00 PM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 01 Orang |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara untuk mencari maklumat dan gambar yang diperlukan di pautan google search serta cara-cara untuk memuat turun dan menyimpan gambar di dalam folder. Selain itu, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengajar pelajar asas MS Word bagi aktiviti menaip dan menyiapkan tugasan kerja.
Aktiviti :
Pelajar diberi penerangan berkaitan dengan asas penggunaan Microsoft Word serta penggunaan tools yang ada seperti memasukkan jadual, pager borders, menaip dan sebagainya. Di samping itu, petugas turut memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menukar tulisan rumi kepada jawi menggunakan pautan ejawi.net.