Pekan Sehari Kg Pagar Sasak merupakan tempat tumpuan masyarakat setempat bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian seisi keluarga. Pekan Sehari ini beroperasi setiap hari Jumaat setiap minggu bermula jam 6.30am sehingga 9.00am. Pelbagai barangan, juadah makanan, sayur-sayuran dan sebagainya boleh didapati di Pekan Sehari ini dengan harga yang berpatutan.