Program Jom Sihat Bersama PEDi Kg Pagar Sasak telah diadakan pada 19 Januari 2019.   Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PEDi sebagai tempat rujukan komuniti sihat dan mengeratkan kerjasama PEDit dengan komuniti kampung, agensi, MPKK dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat.  Di samping itu, program ini mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.  Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah senamrobik, ceramah kesihatan, saringan kesihatan, saringan kahak, pemeriksaan gigi, demostrasi berus gigi,pertandingan seni kolaj, pertandingan masakan 'Kerabu Sihat', pertandingan kesihatan online dan pertandingan dashboard komuniti.