Pengusaha     : Encik Muhamad Aizul Fadhilah bin Yusoh

Alamat            : No 11, Kg Bukit, Kechau

                         27200 Kuala Lipis,

                         Pahang Darul Makmur.

 

Encik Aizul telah memulakan penanaman Cendawan Kelabu Tiram sejak 3 tahun lepas.  Permulaannya, beliau sekadar membuat secara kecil-kecilan sehinggalah sekarang sudah mempunyai mesin-mesin untuk memperbanyakkan dan meningkatkan lagi hasil penanaman dan jualan cendawan.  Produk beliau dijual kepada orang kampung dan di pasar.