http://kgpagarsasak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=25#sigFreeId09e27b42cc
Pemeriksaan Papsmear dan demostrasi penyediaan menu bagi penghidap anemia telah dijalankan di Klinik Desa Kg Sentang pada 30/01/2019 bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh para ibu dan wanita sekitar kampung. Aktiviti ini dikendalikan oleh petugas Klinik Desa Kg Sentang. Antara pengisian yang diadakan sepanjang aktiviti ini adalah, para ibu dan wanita yang hadir diberi taklimat oleh petugas klinik mengenai papsmear,kepentingan dan keperluan melakukan pemeriksaan papsmear dalam kalangan wanita. Di samping itu, aktiviti demostrasi cara-cara penyediaan menu kerabu kerang turut diadakan khas bagi ibu-ibu yang menghidap penyakit anemia.
http://kgpagarsasak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=25#sigFreeId2fadf81599
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- *Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- *Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- *Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- *Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- *Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- *Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Program Hari Kesihatan Menu Sihat ini telah diadakan pada hari Rabu 04 April 2018 bertempat di Klinik Desa Sentang dan dihadiri oleh komuniti wanita sekitar Klinik Desa Sentang. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti wanita sekitar Klinik Desa Sentang mengenai kepentingan mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian disamping mengadakan demo masakan menu sihat seperti Sandwich Sardin + telur serta Sandwich Pisang.
http://kgpagarsasak.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=25#sigFreeId00da36a89c