Program Dashboard Komuniti 2017 telah diadakan pada 09 Julai 2017 di PEDi Kg Pagar Sasak.  Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan meningkatkan penggunaan aplikasi dashboard kepada komuniti khususnya penduduk di Mukim Kechau.  Antara aktiviti yang diadakan adalah muat turun aplikasi, pemeriksaan kesihatan (ihealth), myshop dan sebagainya.