Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Sumber : FB Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Anda berminat untuk menjadi USAHAWAN Shopee/Lazada?
Mempunyai produk jualan?
Ayuh sama-sama sertai PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE PEDi 2020.
Syarat-syarat pertandingan :
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan).
ii. Ahli PEDi kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia.
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas.
iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada).
v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir.
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
Pemenang setiap Negeri yang terdapat PEDi di bawah kelolaan TM/MSD Hadiah yang ditawarkan seperti berikut :
• Tempat Pertama RM 4000.00
• Tempat Kedua RM 3000.00
• Tempat Ketiga RM 2000.00
• Tempat Keempat RM 1500.00
• Tempat kelima RM 1000.00
Pendaftaran pertandingan bermula 15 - 20 Julai 2020 & WAJIB mengisi borang penyertaan serta mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (21 Julai - 15 Ogos 2020)
Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami petugas PEDi atau hadir terus ke premis PEDi Kg Pagar Sasak.