LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Mohamad Syazwan bin Abdul Wahab
Tarikh Lahir : 04 April 2011
Umur : 12 Tahun
Pekerjaan : Pelajar
Pendidikan : SK Pagar Sasak
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Adik Syazwan kurang mahir dalam asas penggunaan komputer dan jarang-jarang menggunakannya kecuali ketika pembelajaran di sekolah. Contohnya seperti, asas mengakses internet, menonton youtube, bermain kuiz online dan sebagainya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Setelah ahli NADI Kg Pagar Sasak pada tahun 2022, beliau sering mengunjungi NADI bersama rakan-rakannya apabila mempunyai masa lapang bagi mempelajari asas ICT dan menggunakan komputer di NADI serta mengikuti aktiviti dan kelas ICT yang diadakan oleh petugas NADI dan menggunakan perkhidmatan di NADI bagi menyiapkan kerja sekolah.
Apakah yang Dipelajari Melalui NADI
Mempelajari asas penggunaan Microsoft Office seperti MS Word, MS Excel, MS PowerPoint dan MS Publisher bagi meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT. Selain itu, beliau belajar e-learning seperti kahoot IT, wordwall serta mengikuti aktiviti softskills & STEM/IoT dan lain-lain serta melayari internet bagi menonton video di youtube, mencari maklumat di google search dan sebagainya.
Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
NADI membantu meningkatkan kemahiran ICT agar pelajar dapat mempraktiskannya dalam urusan seharian seperti memberikan latihan ICT, kelas tambahan untuk pelajar, memperkenalkan pelajar pembelajaran secara atas talian dan sebagainya.