LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Nurul Nisrina Alya binti Mohd Nazrizan
Tarikh Lahir : 06 Ogos 2012
Umur : 11 Tahun
Pekerjaan : Pelajar
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Adik Alya tidak mempunyai pengetahuan dan asas penggunaan komputer dan hanya mempelajari asas-asas komputer di sekolah. Sebagai contoh asas mengakses internet seperti menonton youtube, bermain kuiz online dan sebagainya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Adik Alya menjadi ahli NADI Kg Pagar Sasak sejak pada tahun 2019. Sejak itu, Adik Alya selalu mengunjungi NADI apabila mempunyai masa lapang bagi mempelajari asas ICT dan menggunakan komputer di NADI. Adik Alya bersama rakan-rakannya mengambil peluang ini untuk belajar ICT bersama-sama di PEDi Kg Pagar Sasak.
Apakah yang Dipelajari Melalui NADI
Mempelajari asas penggunaan Microsoft Office seperti MS Word, MS Excel, MS PowerPoint dan MS Publisher bagi meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT. Selain itu, adik alya turut mempelajari software Paint bagi melukis secara asas ataupun mewarna serta melayari internet bagi menonton video di youtube, mencari maklumat di google search dan sebagainya.
Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
NADI membantu meningkatkan kemahiran ICT agar pelajar dapat mempraktiskannya dalam urusan seharian seperti memberikan latihan ICT, kelas tambahan untuk pelajar, memperkenalkan pelajar pembelajaran secara atas talian dan sebagainya.