Nama : Muhammad Aimal Iqram Umur : 13 Tahun Ahli : 2016 |
BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET
Latar belakang
Adik Aimal Iqram merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik. Beliau sering mengunjungi PEDi dari sekolah rendah. Beliau menggunakan untuk mempelajari bidang ICT, menggunakan komputer dan internet, menggunakan perkhidmatan fotostat, cetakan dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Aimal Iqram mempelajari asas penggunaan komputer di sekolahnya. Namun beliau masih belum mahir dalam penggunakan komputer dan pembelajaran ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menjadi ahli PEDi, Aimal Iqram selalu mengunjungi PEDi apabila mempunyai masa lapang. Beliau mengambil peluang ini untuk belajar ICT supaya lebih mahir. Setiap kelas yang dihadiri dapat membantu beliau meningkatkan penggunaan komputer dan internet. Contoh perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam penggunaan Microsoft Office, penggunaan internet untuk mencari bahan pembelajaran dan sebagainya. Beliau juga menjadikan PEDi sebagai tempat perbincangan kumpulan pembelajaran bersama rakan-rakannya.