Nama : Nur Aqilah binti Othman Umur : 21 Tahun Ahli : 2015 |
BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET
Latar belakang
Aqilah merupakan anak ketiga dari empat orang adik-beradik. Beliau merupakan pelajar IPT (diploma). Aqilah sering mengunjungi PEDi sejak dari sekolah menengah dan menggunakan PEDi untuk belajar ICT, menyiapkan kerja sekolah serta menggunakan perkhidmatan fotostat, cetakan dan penggunaan internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Aqilah mempelajari asas penggunaan komputer di sekolahnya. Namun beliau masih lemah dalam penggunaan komputer umumnya dalam bidang ICT dan memerlukan tunjuk ajar dan latihan yang lebih.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menjadi ahli, Aqilah sering mengunjungi PEDi. Beliau mengambil peluang ini untuk belajar ICT supaya lebih mahir. Setiap kelas yang dihadiri dapat membantu beliau meningkatkan penggunaan komputer dan internet. Contoh perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam penggunaan Microsoft Office, E-Pembelajaran dan penggunaan internet. Beliau juga pernah mengahdiri kursus keusahawanan anjuran PEDi.