Nama   : Mohammad Daniel Hafiq

Umur   : 12 Tahun

Ahli      : 2015

 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

 

Latar belakang

Adik Danial Hafiq merupakan sulung daripada dua orang adik-beradik dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak. Adik Daniel Hafiq menjadi ahli PEDi pada tahun 2015 dan sering mengunjungi PEDi bagi mempelajari ICT dan melayari internet bersama kawan-kawannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Daniel Hafiq mempelajari asas penggunaan komputer di sekolahnya. Namun beliau masih lemah dalam penggunaan komputer umumnya dalam bidang ICT dan memerlukan tunjuk ajar dan latihan yang lebih mendalam.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi, adik Daniel Hafiq sering mengunjungi PEDi dan beliau mengambil peluang ini untuk belajar ICT supaya lebih mahir. Setiap kelas yang dihadiri dapat membantu beliau meningkatkan penggunaan komputer dan internet. Contoh perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam penggunaan Microsoft Office, E-Pembelajaran dan penggunaan internet.

 

hafiq