Nama : Muhammad Aiman Hariz Umur : 11 Tahun Ahli : 2015 |
BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET
Latar belakang
Adik Aiman Hariz merupakan anak kedua dari tiga orang adik-beradik. Beliau merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak. Adik Aiman Hariz sering mengunjungi PEDi untuk belajar ICT sejak dari tahun 2015. Beliau menggunakan PEDi untuk belajar ICT, menyiapkan kerja sekolah dan menggunakan perkhidmatan fotostat, cetakan dan penggunaan internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Aiman Hariz mempelajari asas penggunaan komputer di sekolahnya. Namun beliau masih lemah dalam penggunaan komputer umumnya dalam bidang ICT dan memerlukan tunjuk ajar dan latihan yang lebih.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menjadi ahli PEDi, adik Aiman Hariz selalu mengunjungi PEDi. Beliau mengambil peluang ini untuk belajar ICT supaya lebih mahir. Setiap kelas yang dihadiri dapat membantu beliau meningkatkan penggunaan komputer dan internet. Contoh perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam penggunaan Microsoft Office, E-Pembelajaran dan penggunaan internet.