Nama   : Nur Atierah Maisara

Umur   : 11 Tahun

Ahli      : 2015

 

 BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET

Latar belakang

Adik Atierah Maisara merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik dan beliau merupakan pelajar SK Pagar Sasak, Kuala Lipis Pahang. Adik Atierah sering mengunjungi PEDi untuk belajar komputer dan ICT bersama abangnya. Selain itu, beliau menggunakan PEDi bersama rakan-rakannya untuk mengulang kaji pelajaran, menyiapkan kerja sekolah dan menggunakan perkhidmatan yang tersedia seperti fotostat dan cetakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Adik Atierah mempelajari asas penggunaan komputer dan ICT disekolahnya dan hanya terhad ketika masa pembelajaran di sekolah sahaja. Oleh yang demikian, tahap penguasaan beliau dalam bidang ICT masih kurang dan lemah, dimana beliau memerlukan latihan dan tunjuk ajar yang berterusan bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan dan kemahirannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menjadi ahli PEDi pada tahun 2015, adik Atierah sering mengunjungi PEDi untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh petugas walaupun pada ketika itu beliau masih berumur 7 tahun. Dengan menghadiri kelas yang diadakan, dapat membantu beliau meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan ICT. Sebagai contoh dalam penggunaan Microsoft Office, e-pembelajaran dan penggunaan internet.

yah