Nama : Nur Hanim Aisyah Umur : 12 Tahun Ahli : 2015 |
BELAJAR MICROSOFT OFFICE, E-LEARNING DAN MELAYARI INTERNET
Latar belakang
Adik Hanim Aisyah merupakan anak kedua dari tiga orang adik-beradik dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak. Jika ada kelapangan waktu adik Hanim Aisyah bersama rakan-rakannya sering mengunjungi PEDi untuk belajar ICT, menyiapkan kerja sekolah dan menggunakan perkhidmatan fotostat dan cetakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Hanim Aisyah mempelajari asas penggunaan komputer di sekolahnya. Namun, beliau masih lemah dalam penggunaan komputer umumnya dalam bidang ICT dan memerlukan tunjuk ajar dan latihan yang berpanjangan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menjadi ahli PEDi pada 2015, adik Hanim Aisyah sering mengunjungi PEDi bersama kakak dan kawan-kawannya bagi menghadiri kelas ICT yang diadakan oleh petugas PEDi. Dengan menghadiri kelas yang diadakan, tahap penguasaan dan kemahiran ICT beliau semakin meningkat. Sebagai contoh, kemahiran pengunaan Microsoft Office, E-pembelajaran dan penggunaan internet.